top of page

Bahasa Malaysia

Bahasa Melayu adalah siri yang mengandungi 12 buah buku direka bentuk bagi membantu menyediakan dasar Bahasa Malaysia yang kukuh di kalangan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sebelum menjejaki alam persekolahan.

​

Program Learningbox Bahasa Melayu terdiri daripada 3 siri, iaitu:

  1. ​Memperkenalkan huruf yang seumpama asas kepada penguasaan Bahasa kepada kanak-kanak.

  2. Kosa kata mudah didedahkan ditujuankan untuk meningkatkan kecenderungan serta kebolehan kanak-kanak.

  3. Ayat yang ringkas dikenalkan bagi memudahkan penggunaan Bahasa Melayu dalam hidup

 

Learningbox Bahasa Melayu juga menggunakan ilustrasi ceria dan mesra pengguna yang bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Ria Bahasa yang menggunakan pendekatan tema yang selaras dengan kehendak Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Di samping mengayakan perbendaharaan kata, tema-tema yang dipilih mampu mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran mereka. Dengan ini, kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti bercerita, berpuisi, bersoal jawab, dan menyanyi juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran berinteraksi dan menarik di kalangan kanak-kanak.

​

Selain itu, Pandai Suku Kata yang diaplikasikan sebagai program bacaan bergred khusus untuk kanak-kanak yang baharu dalam pembelajaran teknik membaca. Program ini mempunyai 2 tahap iaitu tahap asas dan tahap lanjut yang bersesuai untuk kanak-kanak prasekolah berusia 4 tahun ke atas.

 

Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah menulis bahan bacaan kanak-kanak sebelum ini, program bertulis ini berasaskan kaedah fonetik yang menggunakan suku kata dan disususun secara sistematik supaya kanak-kanak dapat belajar mengikut kemampuan dan tahap perkembangan bahasa mereka. Melalui program ini, kanak-kanak akan belajar membunyikan suku kata, membaca perkataan dan ayat dengan lancar.

 

Secara tuntasnya, Program Learningbox Bahasa Melayu mampu mempertingkatkan penggunaan Bahasa Melayu kanak-kanak serta dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak dari usia yang muda dan memperkukuhan asas Bahasa Melayu sebelum melangkah ke alam persekolahan lebih tinggi.

​

BM1.png
BM2.png
Suku Kata.png
UK + English
UK + English
UK + English (1)
UK + English (3)
UK + English (5)
UK + English (4)

© 2025 by Golden Cradle Malaysia. Proudly created with Wix.com

  • WhatsApp-icon-PNG
  • White Facebook Icon
bottom of page